BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Sahibus Samahah Tuan Mufti bersama Tuan/Puan, soalan saya. Berlaku perselisihan antara saya dan isteri. saya telah berkata kepada isteri di dalam telefon

"kau ini isteri orang. kalau aku cakap aku ceraikan kau, baru kau jadi bujang. tapi sekarang ini kau masih isteri orang".

Adakah lafaz ini membuat jatuhnya talak? Saya jadi was-was kerana adanya lafaz 'Aku ceraikan kau' itu di tengah ayat secara terang walaupun niat & penggunaan ayat saya bukanlah merujuk untuk menjatuhkan talak terus. Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

Lafaz tersebut tidak termasuk dalam lafaz talak, sebaliknya ia dikira sebagai lafaz khabari, iaitu ungkapan berbentuk pemberitahuan, penerangan, perbualan atau ugutan. Ia bukan lafaz yang menunjukkan kehendak untuk menjatuhkan perceraian secara langsung terhadap isteri.

Tambahan pula, tuan sendiri menyatakan bahawa ketika lafaz itu diucapkan, tiada niat untuk menceraikan isteri. Keadaan ini semakin menguatkan bahawa talak tidak jatuh menurut hukum syarak.

Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan timbulnya perasaan was-was serta mudarat dalam rumah tangga, suami isteri hendaklah berhati-hati daripada terlalu mudah menyebut lafaz yang berkaitan dengan talak, sama ada ketika marah, bergurau atau dalam perbualan biasa. Hal ini kerana sebahagian lafaz talak boleh membawa implikasi hukum dalam hubungan suami isteri di sisi hukum syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image