Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Sekiranya saya bekerja menjalankan mesin di kilang. Mesin ini memerlukan minyak pelincir untuk melicinkan pergerakan mesin. sekiranya minyak pelincir ini mengandungi minyak babi, apa yang harus saya lakukan? Semasa menjalankan operasi mesin ini, kami terdedah pada minyak tersebut di tangan dan sebahagian anggota badan. Harap pihak tuan dapat memberi penjelasan.. terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tuan perlulah lebih berhati-hati dengan menggunakan sarung tangan ketika mana menjalankan tugas apabila di dapati bahawa minyak pelincir yang digunakan untuk menjalankan mesin mengandungi minyak babi. Mungkin boleh dicadangkan kepada pihak syarikat untuk menggunakan minyak pelincir yang tidak mengandungi minyak babi demi menjaga kebajikan pekerja muslim. Sekiranya di dapati minyak tersebut terkena pada tangan atau anggota badan perlulah pihak tuan melakukan sertu pada tangan dan anggota badan yang terkena minyak tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.