BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

saya ingin bertanya mengenai apakah hukum & status sekiranya seorang suami tidak memberikan nafkah selama 26 tahun kepada isteri. Dan isteri juga tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri selama 26 tahun. Tidak bercerai,dan suami tidak melafazkan sebarang talak cuma meninggalkan isterinya begitu saja tetapi masing masing tahu keberadaan masing -masing di daerah yang berbeza dan juga tahu masing-masing masih hidup. Isteri mempunyai anak hasil perkahwinan selama 3 bulan namun memberitahu anak tersebut bukan anak suaminya. Jadi apakah status perkahwinan mereka. Adakah telah jatuh talak? Dan bolehkah isteri menuntut nafkah tertunggak selama 26 tahun tersebut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan puan, 

- Suami yang tidak memberi nafkah sepanjang perkahwinannya hukumnya berdosa.

- Isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab juga berdosa.

- Status anak yang tidak diakui anak suaminya perlu melalui proses Li'an di Mahkamah Syariah.

- Isteri boleh menuntut nafkah (tunggakan) tersebut melalui perintah Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image