Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya seorang mualaf yang kini tinggal bersama ibu saya bersama anak² 3 orang. Di dalam rumah ibu ada tempat berhala. Saya dah sediakan bilik untuk saya dan anak² solat. Arah kiblat juga bukan menghala ke tempat berhala itu. Adakah ini dibolehkan dan sah ke solat yang didirikan dalam bilik itu? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, syarat sah solat adalah seperti berikut :
Sekiranya telah mencapai syarat-syarat berikut, maka sahlah solat tersebut. Kedudukan berhala yang kebetulan sama dengan arah kiblat tidaklah menghalang sahnya solat.
Sekian, terima kasih.