BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, ada tak khilaf lain dalam sukan Muay Thai/MMA? sebab pada pendapat saya sukan2 seperti itu ada keselamatan2 dia, seperti Safety Glove kecederaan tangan dan pihak lawan, Vaseline untuk kurangkan "cut injury", ada doctor standby jikalau fighter mengelami kecederaan yang teruk dll.

 

apa pendapat ustaz?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika Muay Thai / MMA dijadikan sukan dengan faktor keselamatan diutamakan seperti mengunakan glove, vaseline, pemantauan doktor, peraturan larangan pukul bahagian tertentu, ia boleh dianggap harus sebagai latihan fizikal dan seni mempertahankan diri. Harus sebagai latihan seni bela diri, tetapi jika dijadikan hiburan komersial dengan unsur pertaruhan dan kecederaan yang disengajakan, maka hukumnya haram.

Perbezaan antara latihan seni bela diri untuk kesihatan / pertahanan diri dengan pertandingan hiburan yang menjadikan kecederaan sebagai tontonan atau konten adalah dengan menonjolkan kecederaan, pertaruhan, atau wujud unsur perjudian hukumnya adalah haram. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image