BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. 6 beradik 2 lelaki dan 4 perempuan.. Ibu meninggal dan wang simpanan telah dipersetujui semua beradik untuk disimpan bagi keperluan rumah pusaka dan lain-lain belanja rumah tersebut..seorang adik perempuan telah menuntut hak bahagian dia. Adakah boleh dikeluarkan bahagian adik perempuan tersebut dengan persetujuan 5 orang adik beradik yang lain dan dibayar kepadanya manakala yang lain masih mengekalkan simpanan tersebut untuk tujuan perbelanjaan rumah pusaka?

Sekian pertanyaan say, terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, wang simpanan yang ditinggalkan oleh ibu merupakan harta pusaka yang perlu difaraidkan kepada waris yang berhak mengikut bahagian masing-masing menurut syarak. Adik berhak untuk menuntut bahagiannya. Manakala bahagian adik beradik lain yang bersetuju untuk digunakan untuk keperluan rumah pusaka dan lain-lain belanja rumah boleh dibuat setelah pembahagian faraid selesai dilakukan dan setiap waris mengetahui nilai bahagian masing-masing. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image