Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...Saya ingin bertanya apakah hukum jika kita bekerja dan dibayar bekerja untuk orang lain. Contoh kita bekerja untuk shif malam atau hujung minggu sahaja dimana penyelia tiada pada masa tersebut. Jadi kita datang kerja sebagai kawan kita seperti biasa seperti kita akan punch card untuk dia dan buat report apa semua serta menggunakan cop untuk dia semasa shif dia. Jadi dia tak perlu datang kerja atau ambil cuti (jimat cuti tahunan) dan mengupah kawan² untuk 'menjelma' sebagai dia untuk bekerja. Ini dikira sebagai salah satu penipuan dan dikira tidak berintegriti. Jadi apakah hukumnya dan jika ia dalam keadaan terdesak apa pula hukumnya.
Jawapan
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) sesama kamu dengan jalan yang batil.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Kathir bin 'Amr bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:
Maksudnya: Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)
Jelas perbuatan tuan yang bersubahat dan rakan yang melakukan penipuan adalah sangat tidak berintegriti dan hukumnya adalah berdosa serta perlu bertaubat dengan memaklumkan kepada majikan atas kesalahan yang telah dibuat. Sekiranya terdesak sekalipun, ia perlu dimaklumkan kepada pihak majikan kerana mereka yang bertanggungjawab.
Sebagaimana firman Allah SWT al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Sekian, terima kasih