Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
saya bercerita kepada suami saya mengenai drama tv yg saya tonton..watak dlm cerita tu menceraikan isterinya..kemudian suami saya cakap "aku ceraikan kau..macam tu ke dia cakap?" dia pandang tepat ke saya dengan bertanya macam tu..walau saya tahu dia tak berniat untuk tujukan kepada saya..saya rasa musykil..jatuh atau tak talak terhadap saya? suami saya beranggapan tidak berlaku sebarang penceraian kerana dia tidak berniat dan dia hanya bertanya watak tu sebut macam tu ke? bukan dia yang nak sebut macam tu..
Jawapan
Menjawab persoalan puan, ayat yang dilafaz oleh suami iaitu : "aku ceraikan kau..macam tu ke dia cakap?" walaupun suami tidak berniat cerai hanya mengajuk dialog dalam drama tersebut, namun lafaz yang disebut oleh suami adalah lafaz cerai secara soreh (jelas). Lafaz cerai secara soreh ini boleh menyebabkan jatuh talak walaupun tanpa niat suami atau suami tidak tujukan kepada isteri. Sebab itu ada hadis larangan berkata sedemikian kerana tanpa disedari boleh jatuh hukum ke atas perkahwinan pasangan suami isteri. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk. (Riwayat Abu Daud)
Sehubungan itu, perkara ini hendaklah dilaporkan ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan. Hanya pihak mahkamah sahaja yang berbidangkuasa mengesahkan status perkahwinan puan dan suami.
Sekian, terima kasih