BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya ada kemusykilan berkenaan pembahagian tanah sebagai tapak rumah masing masing.peninggalan arwah bapa saya sebidang tanah yg ada di tanam pokok buah buahan secara tidak teratur dan campur campur jenis pokok. Kami anak anak 5 orang membuat pembahagian secara ukur dgn tukang ukur tapak masing masing.

Setiap orang pokok tidak sama.ada yg dapat ada yg tidak dn ada yg mndapat lebih jumlah pokok atas sebab arwah bapa saya tanam tidak teratur.kemusykilannya adakah saya atau ahli keluarga lain mengambil makan buah buah dari pokok tersebut walhal dlm tapak sedara yg lain.maksudnya adakah perlu di makan sama sama selagi wujud atau ia menjadi hak mutlaq tuan tapak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

 Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) sesama kamu dengan jalan yang batil.

Sekiranya telah dibahagikan sama rata mengikut pembahagiannya, maka ia adalah sah pemilik tapak tersebut. Melainkan ada persefahaman atau persetujuan, buahnya boleh dinikmati sesiapa sahaja dari tapak yang mana sahaja. Sekiranya tiada persetujuan sebegitu, maka haram menceroboh harta pemilik yang lain, melainkan dengan izin pemilik tapak pokok itu berada.

Riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Maksudnya: Nyawa, harta dan maruah seorang muslim itu haram daripada dicerobohi oleh muslim yang lain (Riwayat Muslim)

Namun, ada baiknya manis sama dirasa, pahit sama dibuang supaya hubungan kekeluargaan terjamin bahagia, sekaligus pahala dapat dipanjangkan kepada arwah bapa. Janganlah disebabkan buah, hubungan kelurga hancur.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image