BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, mengikuti hadis dan alquran, adakah seseorang itu akan dapat mengalami perasaan seperti akan menemui ajalnya atau perasaan itu disebabkan ada perkara-perkara yang tidak baik keatas diri seseorang itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, dalam al-Quran mahupun hadis, seseorang itu tidak dapat menentukan bila masa ajalnya tiba kerana perkara ini adalah kuasa dan ketentuan dari Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahuinya. FirmanNya di dalam surah al-An'am ayat 2:

 هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ طِينٍ ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا ۖ

Maksudnya : Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu).

Allah SWT menjadikan hati manusia untuk mengenal-Nya. Dengan mengenal Allah SWT hati akan tenang. Firman Allah SWT di dalam surah al-Ra'd ayat 28:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ

Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Oleh itu, jika hati tidak dibentuk atau dididik untuk mengenal Allah SWT maka akan menjadi gelisah. Tiada hala tuju dan dikuasai oleh nafsu. Takut mati dan sebagainya. Banyakkan mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya sebagai persediaan menuju ke akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hasyr ayat 18:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۖ وَاتَّقُوا اللَّهَۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 300

message user image