Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apa hukumnya suami memaki hampir setiap Hari dgn memanggil isteri betina sundal Dan pelacur
Jawapan
Memaki isteri dengan panggilan yang keji seperti "betina sundal" dan "pelacur" adalah haram dalam Islam. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan melanggar hak-hak isteri serta adab pergaulan suami isteri sepertimana yang diajarkan oleh syarak.
Islam mengajar suami isteri untuk saling bergaul dengan baik dan penuh kasih sayang. Allah SWT berfirman:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
Perbuatan suami yang memaki isteri dengan panggilan yang sangat menghina ini adalah zalim dan tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim. Isteri mempunyai hak untuk dihormati dan dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan lisan.
Suami wajib bertaubat dan menghentikan perbuatan tersebut, serta bergaul dengan isteri secara makruf.
Berdasarkan persoalan yang diajukan, memaki hamun seseorang merupakan perbuatan yang dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 11:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
Manakala memanggil isteri dengan gelaran seperti betina, sundal dan pelacur boleh termasuk dalam kategori qazaf, iaitu tuduhan zina. Kesannya boleh mendatangkan impak yang besar terhadap sesebuah rumahtangga terutamanya apabila melibatkan anak-anak jika diangkat ke mahkamah syariah. Justeru, perbuatan tersebut perlu dijauhi dan dihindari kerana ia dilarang dalam Islam. Suami wajib bertaubat dan menghentikan perbuatan tersebut, serta bergaul dengan isteri secara makruf.
Sekian, terima kasih.