Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz..saya nak bertanya berkaitan darah haid..saya berumur dlm 46tahun..darah haid saya masih ada ..sy ada datang haid pada 22.5.26,tp lepas 1 minggu darah haid sy berhenti .end of mei..saya ada datang haid.tetapi bukan darah fresh.sebaliknya.darah berwarna coklat..adakah itu dikira darah haid yg baru,adakah saya blh solat @ berpuasa seperti biasa..saya jg ada mengalami tanda -tanda seperti hendak monopuse.jg.
Jawapan
Suatu darah itu dihukum darah haid apabila cukup kadar minimum iaitu keluar darah selama 24 jam. Pengiraan tempoh 24 jam terbahagi kepada dua iaitu: (1) Darah keluar berterusan bermula pada waktu darah keluar sehingga cukup sehari semalam iaitu 24 jam dihukumkan haid; (2) Darah yang keluar secara terputus-putus iaitu gabungkan keseluruhan jam keluar darah dalam tempoh 15 hari. Sekiranya keseluruhan mencukupi 24 jam, ia dihukumkan haid, jika tidak mencukupi 24 jam ia dihukumkan sebagai darah istihadah.
Merujuk soalan yang diajukan,
1. Sekiranya darah coklat yang keluar pada penghujung bulan Mei itu berhenti di dalam tempoh maksimum 15 hari haid dari tarikh 22/5/2026, maka darah itu dianggap sebagai darah haid. Manakala tempoh tiada darah yang keluar itu dinamakan naqa'. Dalam kes ini, tempoh naqa' itu dianggap sebagai dalam tempoh haid kerana dikepong oleh dua darah yang tidak melebihi tempoh maksimum haid 15 hari.
2 Sekiranya darah berwarna coklat itu keluar melebihi tempoh maksimum haid 15 hari, maka ini bermakna telah bercampur haid dan istihadhah. Memandangkan dapat dibezakan darah yang keluar, hari 1-7 darah merah fresh, manakala hujung bulan Mei berwarna coklat, maka darah yang berwarna merah fresh (lebih kuat) itu adalah haid dan darah berwarna cokelat (lebih lemah) itu istihadhah. Ini bermakna, tempoh haid adalah 7 hari sahaja.
Sekian, terima kasih.