Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1) apakah cara berkumur dengan betol dalam wudhu? Haruskah air dibasahkan di bawah lidah kerana saya selalu berkumur tanpa mengangkat lidah?
2)adakah kita wajib berkumur ketika mandi wajib?
Jawapan
1) Merujuk persoalan yang diajukan, berkumur ketika berwuduk ialah memasukkan air ke dalam mulut dan menggerakkannya di dalam mulut sebelum meludahkannya keluar. Cara yang betul tidak mensyaratkan seseorang mengangkat lidah atau memastikan air sampai ke bahagian bawah lidah secara khusus. Memadai air masuk ke dalam rongga mulut dan berkumur seperti kebiasaan. Oleh itu, jika selama ini berkumur tanpa mengangkat lidah, wuduknya tetap sah kerana berkumur itu sendiri merupakan perkara sunat dalam berwuduk.
2) Dalam mazhab Syafi‘i, berkumur ketika mandi wajib adalah sunat . Yang wajib ialah memastikan air sampai ke seluruh bahagian zahir tubuh badan serta rambut dan kulit yang wajib dibasuh. Oleh itu, mandi wajib tetap sah walaupun tidak berkumur. Namun, jika berkumur semasa mandi wajib, ia lebih sempurna dan mengikut sunnah.
Imam al-Khatib al-Syirbini berkata:
Maksudnya: Tidak diwajibkan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung (istinsyaq) ketika mandi junub, bahkan ia hanya sunat, seperti ketika wuduk dan mandi jenazah.
Sekian, terima kasih.