Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asslamualaikum, saya berhajat untuk bertanya tentang hukum yang situasinya begini :-
saya pernah mengalami kemalangan tahun lalu dan ada satu syarikat insurans yang handle kes accident saya ni ada sebut yang saya boleh dapat pampasan atas accident ni (nilai pampasan belum pastu waktu tu) cuma ada bunyi dari pihak sana mungkin up to 10 ribu. jadi lepas hari ke hari tiba tiba ada topic bersama kenalan saya berkenaan pampasan insurans sebab kemalangan tu. lepas saya bagitau tentang jumlah anggaran sewaktu tu yang saya boleh dapat (dalam anggaran), saya ada sebut "kalau dapat duit ni aku nak daftar mak ayah aku pi umrah" (ayat yang saya ingat sebegini la) dengan ada saksi di situ 2 orang yang dengar sewaktu tu. kemudian bulan ke bulan hampir setahun kes berjalan saya ada berniat nak menghalalkan seseorang untuk jadi pasangan dan dalam fasa untuk simpan duit. saya pun terlupa bab umrah tu dan ada terfikir untuk guna dahulu duit pampasan insurans tu untuk tujuan cukupkan duit ke arah nak nikah&kahwin. tapi lepastu kawan sayanv yang saksi dengar tu ada mention baru teringat.
soalan saya, adakah ayat saya yang awal tadi tu dah dikira nazar? dan bolehka duit tu guna untuk kearah kahwin (risau ada halangan) . sebab kalau hasil carian saya sebelum ni ada yang kata selagi tak lafaz secara niat nazar tu bukan nazar. tapi saya takut jawapan tu salah. dan lagi satu saya fikir ikut logik yang umrah tu sunat dan kahwin tu boleh jadi wajib ikut keadaan. boleh ka pihak mufti/ustaz bagi penjelasan yang lebih terpirinci dan saya akan terima semua penjelasan dari pihak ustaz dengan berlapang dada.
note : kalau jawapan pihak ustaz kata tak boleh. jika saya dah siap daftar umrah untuk mereka dan mungkin serba sedikit barangan kelengkapan tapi masih ada baki dari duit tu bolehka saya nak tambah baki tu dalam simpanan perkahwinan?
Jawapan
Merujuk kepada soalan;
Merujuk kepada soalan, lafaz yang diucapkan oleh tuan iaitu, “Kalau dapat duit ini, aku nak daftar mak ayah aku pergi umrah” tidak dianggap sebagai lafaz nazar.
Hal ini kerana sesuatu nazar hanya dikira sah apabila memenuhi tiga rukun, iaitu orang yang bernazar, sighah (lafaz nazar) dan perkara yang dinazarkan. Selain itu, lafaz tersebut hendaklah menunjukkan dengan jelas niat untuk mewajibkan sesuatu amalan ke atas diri sendiri kerana Allah SWT.
Dalam keadaan ini, lafaz yang diucapkan lebih merupakan hasrat atau perancangan sekiranya menerima wang pampasan, dan bukannya lafaz nazar yang mengikat dari sudut hukum syarak.
Oleh yang demikian, wang pampasan yang diterima boleh digunakan untuk keperluan lain dan tuan tidak diwajibkan untuk mendaftarkan ibu bapa menunaikan umrah berdasarkan lafaz tersebut.
Sekian. Terima kasih.