Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum menelan peluh ketika solat, terutama ketika berpuasa. Saya menghadapi penyakit berpeluh melampau (hyperhidrosis) dan ketika solat, walaupun kipas dipasang laju, peluh tetap akan turun berjujuran dari dahi dan bahagian-bahagian muka yang lain. Banyak dari peluh tersebut sampai ke bibir dan masuk ke dalam mulut saya. Saya cuba sedaya-upaya untuk mengelap peluh yang ada ketika solat, dalam batasan 3 pergerakan, tetapi tidak mampu nak mengelap habis, terutamanya apabila hari panas. Jika nak meludah, walaupun bukan najis, disebabkan peluh yang masuk ke mulut terlampau banyak, kawasan sekitar solat dan pakaian akan menjadi kotor jika saya terus-menerus meludah. Selama ini, apabila peluh sudah termasuk mulut, jika saya pada rakaat terakhir, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak menelan sampai lah memberi salam. Jika tidak, saya kerap batalkan solat separuh jalan, telan peluh (atau meludah di bilik air ketika puasa) dan mengelap muka habis-habisan, dan akhirnya mengulangi solat. Saya rasa sangat terbeban dengan masalah ini kerana ia terjadi berulangkali setiap hari, tetapi mengikut pemahaman agama saya, saya tiada pilihan lain.
Adakah sah solat saya jika saya menelan sahaja peluh yang telah masuk ke dalam mulut dan bercampur dengan air liur, kerana solat boleh batal jika makan atau minum? Dan ketika Ramadan, adakah puasa saya juga terbatal? Saya mohon pencerahan berkenaan hal ini. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tersebut: Allah ta’ala berfirman:
Maksud: “Allah menginginkan bagi kalian kemudahan dan tidak menginginkan bagi kalian kesusahan”. (Al-Baqarah: 85)
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas dapatlah difahami bahawa Allah dalam menetap syariat-Nya menginginkan kemudahan bagi hamba-hamba-Nya yang beriman. Ini termasuk bagi hamba-Nya yang memiliki penyakit seperti Hiperhidrosis. Kaedah fiqh juga menyebut:
Maksud: “Kesusahan/rintangan mendatangkan kemudahan”
Bagi menjawab soalan yang diajukan:
Maksud: “Air liur tidak membatalkan puasa”.
Sekian, terima kasih.