BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya , semalam saya was was tentang lafaz cerai , jadi suami cerita dan beritahu " kalau abah cakap macam ni 'aku ceraikan hang ataupun aku ceraikan hang kalau sekian sekian atau ak ceraikan kalau sekian sekian' haa tu baru betul lafaz cerai skrang ni abah tak pernah cakap benda tu semua " lepas tu saya cakap tu tadi dah cakap , kemudian suami saya cakap itu hanyaa contoh saja nak bagi ibu faham yg abah tak pernah cakap macam , tadi tu hanya contoh saja

soalan saya betulkan kalau suami hanya beri contoh talak tidak jatuh

harap dapat memjawab persoalan saya , terima kasihh


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dari sudut hukum syarak, ucapan suami tersebut termasuk dalam hikayah (حكاية) iaitu perceritaan atau ta'lim (تعليم) iaitu pengajaran. Oleh itu, mengulang atau menyebut lafaz talak untuk tujuan menceritakan, mengajar, memberi contoh atau menjelaskan hukum bukanlah merupakan lafaz yang boleh menyebabkan jatuh talak dan ia juga secara jelas tidak ditujukan kepada isteri.

Para fuqaha menjelaskan bahawa seseorang yang mengucapkan lafaz talak dalam bentuk petikan, pengajaran, bacaan atau contoh, tidak dianggap menjatuhkan talak, kerana tidak wujud qasad (maksud) untuk menceraikan isteri melalui ucapan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image