BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tn/Pn, saya dibelenggu satu soalan yang bermain difikiran saya. Saya baru modalkan wife saya (vietnam mualaf) yang mempunyai skill untuk buat manicure pedicure sebuah bilik di kedai saya untuk buat business Nail Spa. Sebelum ini, saya dah google tentang hukum buat business ini tetapi tiada jawapan direct ditemui. Yang selalu saya temukan adalah hukum berkaitan Kedai Salon Rambut yang saya pakai hukumnya untuk perniagaan manicure ini. Tetapi lama kelamaan saya terus dibelenggu kemusykilan berkaitan hukum business ini sebab saya mahu pendapatan yang diperoleh ada pendapatan yang halal. Untuk kedai manicure wife saya, basic manicure dan basic pedicure saya telah jelas hukumnya yang Harus tapi saya belum menemui hukum bagi Gel polish dan Nail extension/Fake nail. Jika hukumnya haram, bolehkah saya membuat Nota penjelasan kepada customer yang menjelaskan hukum serta kaedah kepada customer berdasarkan hukum agama sebelum meneruskan servis kepada customer? Contoh Nota, Gel polish dan Nail extension tidak boleh dibawa solat kerana pewarna atau fake nail yang menutup kuku dari terkena air wudhu etc dan customer perlu datang ke kedai buang pewarna/nail extension sebelum mandi wajib/wudhu. Kerana bagi customer Muslim selalu saya ingatkan kepada wife saya agar ingatkan mereka tentang servis yang tidak boleh dibawa solat sebelum teruskan servis, dan customer Muslim selalunya datang buat kuku ketika mereka sedang datang bulan. Adakah dengan bentuk Nota penjelasan ini buat perniagaan dan pendapatan saya sah/halal dari segi syariah? Jika masih tidak dah/haram, bolehkan saya tunggu lipatan modal cukup untuk saya menukar model perniagaan wife saya kerana saya sudah mengeluarkan modal yang agak besar untuk perniagaan ini. Ini lah kemusykilan saya dan saya akan menanti jawapan daripada Tn/Pn.

 

 

Terima kasih banyak

Assalamualaikum.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkam situasi yang dijelaskan, hukum memakai kuku palsu adalah haram melainkan untuk keperluan sahaja seperti melindungi bahagian kulit kuku asal yang tercabut atau tujuan rawatan dan seumpamanya dengan syarat tidak terlalu menyerlah atau berlebih-lebihan. Pemakaian kuku palsu demi kecantikan tambahan semata-mata, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan taghyir khalqillah iaitu mengubah ciptaan Allah SWT.

Adapun, Nail polish atau gel polish atau pengilat kuku adalah sejenis lapisan tebal yang diletakkan di atas permukaan kuku berfungsi sebagai penambah seri dan juga perlindungan ke atas kuku, berwarna atau tidak berwarna. Hukum menggunakan pengilat kuku pada asalnya adalah harus sebagaimana hukum memakai inai selagi mana bahan yang digunakan daripada bahan yang halal. 

Bagi menjawab soalan yang diajukan, membuat nota penjelasan adalah sangat baik dan digalakkan. Akan tetapi, nota penjelasan bukanlah indikator yang membuatkan sesuatu perniagaan sah atau tidak. Ini kerana ia melihat kepada cara pelaksanaan dan sumber kewangan. Dalam situasi bisnes manicure, ia menjadi patuh syariah apabila produk yang ditawarkan adalah halal dan harus digunakan. Oleh itu, perkhidmatan nail extansion/fake nail/ kuku palsu adalah tidak dibenarkan. Manakala nail polish adalah dibenarkan selagi mana bahannya bersih dan suci.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 27

message user image