BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Tular berita di media sosial, di Masjid Ismailiah, Teluk Intan Perak, solat jumaat hanya ada 11 org sahaja, Adakah solatnya sah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap Muslim yang mukallaf (baligh dan berakal) dan tidak mempunyai keuzuran. Salah satu syarat sah solat Jumaat adalah bilangan jemaah. Para ulama berbeza pendapat mengenai bilangan minimum jemaah yang diperlukan untuk sahnya solat Jumaat.

Merujuk kepada persoalan saudara, berkaitan solat jumaat di Masjid Ismailliah, Teluk Intan, Perak. Solat Jumaat disyaratkan ianya didirikan secara berjemaah dan para fuqaha’ berbeza pandangan berkaitan bilangan jemaah yang disyaratkan untuk mendirikan solat jumaat. 

(1) Disyaratkan untuk mendirikan solat jumaat adalah tidak kurang dari 40 orang yang wajib mendirikannya. Bagi pendapat Mazhab Syafi'i dan Hambali.

(2) Disyaratkan untuk mendirikn solat jumaat adalah tidak kurang dari 12 orang yang wajib mendirikannya. Bagi pendapat Mazhab Maliki.

(3) Memadai dengan seorang imam dan 3 orang makmum bersamanya. Bagi pendapat Mazhab Hanafi.

Syarat wajib mendirikan solat jumaat adalah; 

(i) Lelaki

(ii) Bermukim (tidak bermusafir melebihi 2 marhalah)

(iii) Sihat tubuh badan

(iv) Merdeka ( bukan hamba)

Seperti sedia maklum Kampung Tebing Rebak, mempunyai jumlah penduduk yang sedikit, kerana penghijrahan penduduk asal ke bandar atau faktor-faktor lain.  Berdasarkan kepada jumlah penduduk lelaki ketika solat jumaat tidak mencukupi 40 orang, maka harus mengikut pandangan mazhab yang lain untuk mendirikan solat jumaat. Walaubagaimanapun pihak masjid adalah tertakluk kepada arahan dn ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri iaitu Jabatan Agama Islam Perak atau jabatan Mufti Negeri Perak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 27

message user image