BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan,

1. Apakah hukum menjual perfume kepada wanita?

2. Bolehka wanita memakai perfume yang tidak meninggalkan jejak bau dan tidak kuat bauannya?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa hukum asal jual beli dalam Islam adalah harus jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Antaranya ialah adanya penjual, pembeli dan sighah (lafaz akad). Kesahan akad jual beli tidak disyaratkan kepada jantina. Bahkan wanita juga boleh membeli, menggunakan atau menjualnya dalam batas yang dibenarkan syarak.

Wanita diharuskan memakai minyak wangi (perfume) khususnya bagi tujuan kebersihan diri, menghilangkan bau badan atau ketika berada bersama suami dan mahram. Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh wanita ketika memakai wangian khususnya apabila berada di luar rumah atau di hadapan lelaki ajnabi iaitu dengan syarat wangian tersebut tidak terlalu kuat sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image