BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya. Adakah kalau kita letak profile picture dkt media sosial kita orang korea/orang non-muslim, ia dikira sebagai kita menyerupai mereka? Adakah itu dikira tasyabbuh? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Hukum meletakkan gambar orang lain atau artis sebagai profile picture di media sosial adalah harus selagi gambar tersebut tidak mengandungi unsur maksiat, tidak mendedahkan aurat, tidak mengagungkan secara berlebihan, tidak mendedahkan simbol agama lain, tidak melanggar privasi atau menyebabkan fitnah termasuk tiada unsur penipuan dan tipu daya yang boleh menimbulkan kekeliruan identiti pemilik akaun kerana menggunakan gambar individu lain. 

Namun, jika gambar tersebut melanggar mana-mana batasan syarak seperti terdapat pendedahan aurat, melanggar privasi, unsur penipuan dan kekeliruan dan sebagainya, maka ia adalah haram. Sebaiknya seorang muslim hendaklah jujur dengan indentiti masing-masing bagi mengelak kekeliruan atau berlaku penipuan dan finah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image