BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Dulu-dulu masa kecil saya ada ambil duit syilling nenek atau atuk saya. Saya lupa jika saya ada ambil duit kertas atau tidak. Tetapi ketika itu saya masih belum baligh dan tak tahu salah silap. Adakah dikira mencuri?

Adakah amal ibadah tidak diterima walaupun sudah bertaubat?
Apa ptut saya buat ya? Saya sangatlah malu untuk bagitahu mereka dan ketika itu juga saya masih kecil. 
Bolehkah saya sekadar bertaubat kepada Allah? Kerana saya memang dah tak buat dah. Itu kesilapan masa kecil.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Walaupun salah satu daripada taklif syarie insan di sisi Allah SWT ialah seseorang itu akan sampai kepada umur baligh, namun tidak menggambarkan bahawa semua kanak-kanak benar-benar terlepas, tidak terikat dan boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya di zaman kanak-kanak. Terdapat kalangan fuqaha' menerangkan hukum dalam banyak hal mengenai kanak-kanak yang umurnya belum sampai ke peringkat baligh, namun masih memahami yang mana satu baik dan buruk (diistilahkan sebagai mumaiyiz) juga boleh dianggap tertanggung dosa dan pahala.

Situasi pertama: Sekiranya memang ketika itu masih belum baligh dan tidak mengetahui baik buruk mengambil duit nenek adalah perbuatan yang salah, maka ia terlepas dari bertanggungjawab mencuri.

Situasai kedua: Amal ibadah tetap diterima oleh Allah SWT kerana mencuri atau masih belum bertaubat sekalipun ia tidak menjejaskan penerimaan amal ibadah puan melainkan dosa syirik dan murtad.

Situasai Ketiga: Sekiranya isu ini masih membelengu puan, ada baiknya puan ambil sejumlah nilai duit yang diambil dengan nilai yang menyakinkan dan seterusnya membayar kepada nenek tanpa memberitahu kesalahan puan semasa kecil. Dengan ini, saya percaya ia akan dapat menghapuskan keraguan puan sekian lama ini. Namun, paling baik adalah berterus-terang kepada nenek atas kesalahan semasa kecil dan berkemungkinan nenek telah pun mengampunkan dosa dan kesilapan tersebut.

Daripada Hasan bin Ali R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

Maksudnya: Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan.(Riwayat al-Tirmizi)

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 9

message user image