Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya nak tanya berkenaan pekerjaan saya berkat atau tidak. Disini saya bekerja sebagai manager di satu syarikat ini berkenaan dengan pelaburan emas. Kami menjalankan promosi melalui pencarian pekerja untuk mencari pelabur. Jadi kami menyediakan latihsn yang didalam nya untuk menarik minat orang yang mahu bekerja untuk melabur di syarikat akan tetapi cara kami memberi latihan akan lebih bercakap tentang untung. Jadi adakah saya patut kekal atau keluar dari syarikat tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tiada masalah bekerja di syarikat tersebut selagi kerja itu halal dan kerja yang dilakukan adalah patuh syarak lebih-lebih lagi dalam urusan trading gold. Semua syarikat yang menjalankan perniagaan mesti bercakap tentang keuntungan, tiada yang mahukan kerugian. Hadith yang diriwayatkan daripada Ubadah Ibnu Samit katanya, Rasulullah SAW bersabda : الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثلا بمثل سواء بسواء يدا بيد فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا بيد Maksudnya : “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, di dalam pertukaran dan jual beli sama jenis hendaklah sama jumlah tukaran, diserah-terima pada masa yang sama, apabila jenis barangan ini berbeza, maka berjual belilah sebagaimana dikehendaki tetapi hendaklah secara serah terima”. (Riwayat Muslim) Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut uruf yang diamalkan. Sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, sama ada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas. Rujukan yang berkaitan : http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/fatwa-muamalat/113-parameter-pelaburan-emas Aspek keberkatan dilihat dari aspek ibadah, sedekah dan lain-lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.