BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya berniat untuk qada solat yang jumlahnya banyak. Bolehkah saya qada satu waktu sahaja sehingga selesai?

Contohnya, qada zohor sahaja sehingga selesai, qada asar sehingga selesai dan seterusnya, supaya saya ada 5 ledger yang berasingan?

Atau adakah saya perlu ikut tertib waktu? Contohnya selepas fardhu subuh, perlu qada subuh?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, disunatkan bagi seseorang untuk mengqada solat-solat yang ditinggalkan secara tertib iaitu menqada solat subuh kemudian solat zohor, atau solat zohor kemudian solat asar dan seterusnya.

Namun, pelaksanaan solat qada adalah sah pada bila-bila masa, maka kaedah yang dipilih puan iaitu mengqada semua satu waktu sahaja yang tertinggal sekaligus adalah dibolehkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 27

message user image