BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam ustaz, saya nak tanya, ketika solat, saya sendawa, sendawa yang terasa bau makanan atau "rasa" makanan. Tapi saya yakin, tiada air atau makanan yang naik, ia sekadar angin sendawa.

adakah ia batalkan solat kerana berbau atau "berasa" seperti makanan? Saya teruskan solat kerana saya assume dia gas semata, tapi bila telan air liur terasa air liur pelik/masam sikit. Tapi tak pasti samaada kerana tindak balas dengan angin sendawa atau bagaimana.

adakah solat saya sah? Perlukah saya ganti solat jika tidak sah? Saya berpegang ketika ini ianya sah kerana sekadar angin sahaja, dan anggap rasa airliur lain itu tidak membatalkan kerana tidak terjeluak makanan atau air dari perut.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, soalan ini menyentuh tentang kesahan solat apabila berlaku sendawa yang membawa bau atau rasa makanan. 

Sendawa adalah keluarnya angin dari perut melalui mulut. Ia tidak membatalkan solat kerana tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan solat. Bau atau rasa makanan yang naik bersama angin tidak dianggap sebagai muntah atau keluar najis. Manakala muntah ialah sesuatu yang keluar dengan banyak sehingga mengalir keluar dari mulut, ia membatalkan solat. Jika muntah sudah sampai ke bahagian mulut dan sengaja menelannya semula, solat tersebut terbatal.

Sendawa yang hanya membawa bau atau rasa makanan tanpa keluar muntah tidak membatalkan solat. Solat saudari sah dan tidak perlu diganti.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image