BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum mufti,

1) Saya ada soalan, apakah orang was was boleh rukuk bersama imam walaupun tidak habis baca al fatihah ataupun teruskan baca al fatihah sehingga habis?

2) Apakah hukum solat saya selama ini kerana ketika imam rukuk, saya tidak sempat habiskan bacaan al fatihah sampai habis jadi saya rukuk bersama imam kerana ada ustaz yang mengatakan boleh rukuk bersama imam tetapi saya juga tahu ada ustaz yang kata teruskan baca sampai habis jadi apakah saya perlu qada solat solat saya yang lalu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Seorang makmum yang menunaikan solat berjemaah wajib mengikut pergerakan imam. Oleh itu, apabila imam rukuk, makmum hendaklah turut rukuk bersama imam walaupun belum sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah.

  2. Solat tuan yang lalu adalah sah dan tidak perlu diqada'. Tindakan rukuk bersama imam ketika tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah adalah bertepatan dengan tuntutan mengikut imam dalam solat berjemaah. Adapun dakwaan bahawa makmum perlu menghabiskan bacaan al-Fatihah terlebih dahulu sebelum rukuk bersama imam, ia tidak terpakai secara mutlak dalam semua keadaan. Dalam situasi imam telah rukuk, kewajipan mengikut pergerakan imam adalah lebih utama bagi makmum yang solat berjemaah. Oleh itu, tidak perlu bimbang dan tidak perlu mengulangi solat-solat yang telah lalu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image