Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, tuan/puan. Di sini saya sertakan permasalahan dan persoalan saya. Terima kasih kerana memberi masa membaca dan menjawab soalan saya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, perkara ini dibahaskan bagi seseorang yang sering mengalami waswas dalam ibadah. Ulama menetapkan bahawa orang yang waswas tidak perlu mengambil endah tentang waswas tersebut. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Syaitan akan datang kepada salah seorang daripada kamu lalu berkata: 'Siapakah yang menciptakan ini? Siapakah yang menciptakan itu?' Sehingga dia berkata: 'Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?' Apabila dia sampai kepada persoalan itu, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dan berhenti (daripada melayan fikiran tersebut). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat yang telah dilaksanakan adalah sah dan tidak perlu diulang semula. Namun bagi solat yang akan datang tuan disunatkan melafaz niat sebelum Takbiratul Ihram dan wajib niat di dalam hati dengan bahasa yang difahami ketika takbiratul Ihram seterusnya memulakan bacaan surah al-Fatihah setelah sempurna Takbiratul Ihram.
Umat Islam tidak dituntut untuk mengulang-ulang ibadah tanpa sebab yang kukuh dan meyakinkan. Bahkan, perbuatan mengulang ibadah tanpa alasan yang jelas boleh membawa kepada perbuatan sia-sia (‘abath). Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali RA cucu Rasulullah SAW, beliau berkata:
Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmizi)
Banyakkan juga berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada perasaan waswas.
Sekian, terima kasih.