BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Saya ingin bertanya tentang wakalah zakat. Saya dimaklumkan bahawa duit wakalah zakat hendaklah diagihkan kepada asnaf. Boleh ke duit wakalah zakat digunakan untuk membeli peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit hospital kerajaan? Terima kasih. Wassalamualaikum.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umum, duit wakalah zakat mesti digunakan mengikut tujuan dan syarat yang ditetapkan oleh institusi zakat yang memberi kebenaran wakalah tersebut. Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menetapkan panduan pengagihan kepada asnaf meliputi golongan fakir, miskin, mualaf, gharimin dan fisabilillah seperti pautan berikut: 

https://www.zakatselangor.com.my/wakalah/

Jadi, membeli peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit hospital pesakit kerajaan bergantung kepada beberapa keadaan berikut:

  • Jika peralatan tersebut digunakan khusus untuk membantu pesakit daripada golongan asnaf, maka ia diharuskan

  • Jika peralatan tersebut menjadi milik hospital kerajaan dan digunakan untuk semua pesakit tanpa pengkhususan kepada asnaf zakat, perkara ini memerlukan kebenaran dan garis panduan khusus yang ditetapkan oleh LZS. Hal ini disebabkan pemberian zakat asalnya perlu berlaku tamlik (pemilikan) kepada penerima iaitu asnaf. 

Oleh itu,  duit wakalah zakat perlu diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang ditetapkan. Menggunakan duit zakat untuk membeli peralatan perubatan bagi kegunaan pesakit di hospital kerajaan secara langsung mungkin tidak menepati syarat asnaf, melainkan jika peralatan tersebut diberikan secara langsung kepada pesakit fakir/ miskin yang layak. Walau bagaimanapun, jika ia dikategorikan di bawah fisabilillah dengan tafsiran yang meluas untuk kemaslahatan umum umat Islam, terutamanya yang melibatkan golongan fakir dan miskin, ia mungkin dibenarkan. Namun, dana zakat tidak boleh digunakan untuk membiayai harta awam yang tidak mempunyai pemilik tertentu.pembelian peralatan perubatan untuk kegunaan pesakit hospital kerajaan mestilah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh institusi zakat negeri. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image