BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Isteri saya ada bernazar untuk membuat korban seekor kambing atas nama anak saya dan membuat kenduri kesyukuran  sekiranya sesuatu permintaannya tercapai.  Seteleh permintaannya tercapai saya ada soalan :

1. Apakah niat yang perlu dilafazkan oleh isteri saya dan perlukan anak saya melafazkannya sekali.

2. Bolehkah daging korban itu diambil keseluruhan oleh saya untuk menjamu tetamu yang dijemput untuk hadir ke kenduri kesyukuran nanti.

3. Sah atau tidak nazar korban isteri saya sekiranya daging tersebut dibuat untuk menjamu tetamu yang hadir walaupun tetamu itu kita tidak pasti golongan fakir atau miskin.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, berikut adalah jawapan bagi soalan-soalan saudara:

1. Isteri yang bernazar hendaklah berniat ketika menyembelih atau mewakilkan sembelihan bahawa ia adalah korban nazar. Niat di dalam hati sudah memadai. Anak tidak perlu berniat kerana bukan pihak yang bernazar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW daripada Aisyah RA:

من نذر أن يطيع الله فليطعه

Maksydnya: "Barang siapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia menunaikannya." (Riwayat al-Bukhari)

Korban yang asalnya sunat menjadi wajib apabila dinazarkan.

2. Menurut pandangan majoriti ulama termasuk mazhab Syafi‘i, seluruh daging korban nazar hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin. Orang yang bernazar dan ahli keluarganya tidak boleh memakannya atau menjadikannya hidangan kepada tetamu yang bukan fakir miskin. Pandangan ini dinyatakan oleh majoriti fuqaha:

قال جمهور الفقهاء... أما المنذورة فيحرم الأكل منها

Maksudnya: "Majoriti fuqaha berpendapat korban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar."

3. Nazar korban tetap sah dan wajib ditunaikan, namun pengagihan daging mestilah kepada fakir miskin. Jika daging diberikan kepada tetamu yang bukan atau tidak dipastikan sebagai fakir miskin, kewajipan nazar belum sempurna dan nilai bahagian tersebut hendaklah diganti serta disedekahkan kepada fakir miskin. Hal ini kerana korban yang dinazarkan telah berubah hukumnya menjadi korban wajib sebagaimana dinyatakan oleh para fuqaha:

الأضحية... الواجبة: المنذورة

Maksudnya: "Korban yang dinazarkan termasuk dalam kategori korban wajib."

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image