Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Semasa nikah dulu, saya menggunakan wali hakim kerana wali(bapa saudara belah ayah) enggan. apabila sudah menikah, saya mengetahui status saya sebagai anak tidak sah taraf. persoalan nya, adakah ini membawa apa-apa kesan? kerana kelainan sebab menggunakan wali hakim, tetapi memang sepatutnya saya perlu menggunakan wali hakim kan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, pernikahan puan adalah sah mengikut hukum syarak, kerana perbezaan niat tersebut tidak memberi kesan kepada akad nikah yang dijalankan. Selagi mana menggunakan wali hakim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.