BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam maaf bertanya saya ada anak yang tak sah taraf boleh ke tukar ber binti? tapi sekarang nama anak saya ber binti kan nama 99 nama allah boleh ke saya nak tukar bin tu atas nama saya lahh sebab saya nak tukar tu adalah demi masa depan dia lahh adakah boleh yelahh anak luar nikah lahh kan adakah boleh?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya. Ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam fatwa Negeri Selangor bertarikh 17 Januari 2005 berkenaan Garis Panduan Mengenai Anak Tidak Sah Taraf Menurut Hukum Syarak. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut:
https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/28/fatwa-tentang-garis-panduan-mengenai-anak-tak-sah-taraf-menurut-hukum-syara/

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 7

message user image