BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Solat solat sunnat tanpa baca tahiyat akhir, adakah sah solat sunnat itu?


message user image

Jawapan  

 

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, hukum bacaan tahiyyat akhir dalam solat menurut mazhab Imam al-Syafi‘i, merupakan salah satu rukun qauli yang wajib dilaksanakan dan tidak boleh ditinggalkan, sama ada dalam solat fardu mahupun solat sunat. Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan tahiyyat akhir, maka solatnya tidak sah. Sekiranya seseorang terlupa membaca tahiyyat akhir lalu terus memberi salam, dia hendaklah kembali duduk dan membaca tahiyyat akhir sekiranya belum lama berlalu serta belum melakukan perkara yang membatalkan solat. Namun, jika tempoh yang lama telah berlalu atau dia telah melakukan perkara yang memutuskan solat seperti bercakap dengan sengaja atau berhadas, maka solat tersebut tidak sah dan wajib diulang semula. Kesimpulannya, solat sunat yang ditinggalkan bacaan tahiyyat akhirnya adalah tidak sah kerana bacaan tahiyyat akhir merupakan rukun solat yang wajib dilaksanakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 63

message user image