Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Dulu saya ada membeli dengan seseorang melalui rakan sekelas semasa sekolah rendah. Seingat saya saya tidak membayar benda itu. Tetapi saya tak pasti dan lupa. Saya tak tahu nak cari macam mana orang tersebut kerana nama penjual pon saya tak tahu dan lost contact dengan rakan sekelas.
Saya pon lupa rupa dan nama penuh dia. Bolehkah saya sedekah sahaja? Dan bolehkah sedekah online?
Sahkah solat selama ini kerana saya betul2 lupa. Ketika itu saya masih belum baligh dan tak tahu hukum2 ni.
2. dulu saya ada ter-rosakkan pembaris kawan. Bila ditanya saya cakap tak tahu sebab takot. Tetapi saya sudah meminta maaf secara umum di wassap. Sebab saya ada dengar yang meminta maaf secara umum pon tak apa kerana risau putus silaturrahim. Adakah ia sudah memadai?
Jawapan
Para Ulama' telah menerangkan hukum dalam banyak hal mengenai kanak-kanak yang umurnya belum sampai ke peringkat baligh, namun telah memahami baik dan buruk (mumayyiz) tidak terlepas daripada balasan dosa dan pahala.
Situasi pertama: Diharuskan sedekah atas nama penjual tersebut bagi tujuan membayar harga barang dalam kadar yang menyakinkan disebabkan kesukaran menjejaki penjual dan rakan lama tersebut. Berkaitan solat yang dilakukan, ia tetap sah kerana isunya tidak berkait antara satu dengan yang lain.
Situasi Kedua: Memadai dengan meminta maaf secara umum sekiranya bimbang putus silaturahim. Namun sebaiknya menyatakan secara langsung kesalahan tersebut dan membayar ganti rugi jika diminta bagi memberi kelapangan jiwa di masa hadapan.
Daripada Hasan bin Ali R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan.(Riwayat al-Tirmizi)
Sekian, terima kasih