Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t.,
Saya merancang untuk berbulan madu di Krabi, Thailand, bermula pada 12 Julai 2026 sehingga 17 Julai 2026. Berikut adalah itinerari perjalanan saya:
12 Julai 2026
Bertolak ke Krabi pada jam 10.30 pagi.
Tiba di Krabi pada jam 12.00 tengah hari.
13 Julai 2026 – 16 Julai 2026
Berada di Krabi untuk tujuan berbulan madu.
17 Julai 2026
Bertolak pulang ke Malaysia pada jam 1.30 petang.
Tiba di Malaysia pada jam 3.00 petang.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan hukum Solat Jamak dan Qasar sepanjang tempoh perjalanan tersebut.
Saya mendapati terdapat perbezaan penerangan antara rujukan Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Negeri Selangor. Berdasarkan rujukan Mufti Wilayah Persekutuan, Solat Jamak dan Qasar dibenarkan sekiranya tempoh menetap tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari tiba dan hari pulang). Manakala berdasarkan penerangan Mufti Negeri Selangor, tempoh yang dibenarkan adalah sehingga 4 hari penuh.
Berdasarkan itinerari yang saya nyatakan di atas, adakah saya dibenarkan untuk melakukan Solat Jamak dan Qasar sepanjang berada di Krabi? Pandangan manakah yang lebih sesuai untuk saya ikuti bagi situasi ini?
Segala penjelasan dan panduan yang diberikan amat saya hargai.
Terima kasih.
Wassalam.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Berdasarkan itinerari yang diberikan, puan dan suami akan bermusafir ke Krabi, Thailand pada 12 Julai 2026 hingga 17 Julai 2026 (enam hari) untuk berbulan madu. Secara asasnya solat jamak dan qasar adalah rukhsah yang boleh dilakukan jika seseorang itu bermusafir ke destinasi yang melebihi 2 marhalah (81 kilometer) dari tempat asalnya. Antara syarat-syarat yang membenarkan jamak dan qasar ialah:
Secara ringkas, puan akan berada penuh di Krabi selama empat hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Oleh yang demikian, puan tidak dibolehkan untuk melakukan solat qasar sepanjang berada di sana memandangkan tempoh menetap melebihi 3 hari dan hendaklah solat secara tamam (sempurna). Adapun semasa perjalanan pergi dan pulang, solat qasar boleh dilakukan.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih