BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.

Saya telah melakukan sujud sahwi, tetapi sebelum salam, saya telah membaca tasyahud akhir sebelum memberi salam.

Adakah solat fardhu saya terbatal dan saya perlu bangun dan ulang solat fardhu semula dari awal kerana hal demikian?

Terima kasih, jazaakallahukhair. 


message user image

Jawapan  

والسلام عليکم ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan yang puan kemukakan, solat tersebut tidak terbatal dan tidak perlu diulang semula dari awal kerana Nabi SAW bersabda:

"إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ"

Maksud: “Sesungguhnya Allah mengampunkan untukku umatku perkara-perkara yang disebabkan oleh kesilapan, lupa dan paksaan”  (Hadis riwayat Ibn Majah)

Bahkan dalam Mazhab Syafi’i sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Rafi’i dalam Fath al-‘Aziz:

"لو كرر الفاتحة أو التشهد عمدا لا تبطل صلاته على الصحيح"

Maksud: “Jika seseorang mengulang Al-Fatihah atau Tasyahhud secara sengaja, solat tidak batal mengikut pandangan yang sahih

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 28

message user image