Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: saya telah bergotong-royong dikawasan kubur yang telah lama, ada semak samun dan pokok besar. Langkah pertama saya memesin rumput, meracun rumpai dan membuat unggun di kawasan tersebut dan membakar kerana tiada tempat untuk dibuang. Saya mengupah dengan belanja sendiri dan tidak mampu untuk mengupah lori untuk mengangkatnya. apakah hukum nya haram meracun dan membakar?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, bergotong royong bagi membersihkan kawasan perkuburan adalah amalan yang mulia. Tidaklah haram sekiranya rumput-rumput tersebut diracun dan dibakar dikawasan yang sewajarnya kerana yang dibakar adalah rumput bukannya kubur tersebut. Hendaklah sentiasa memastikan tidak berlaku kerosakan kepada tanah perkuburan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.