BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum W.B.T..

Saya hendak tanya.. saya ada mengambil anak angakt dan sekarang sudah berusia 5 tahun dan masih minum susu botol lagi. 

Pada tahun ni saya disahkan hamil dan akan melahirkan .. boleh ke saya kasi susu badan saya pada anak angkat saya. sebab sekarang sudah berusia 5 tahun..

sekian Terima Kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, syarat bagi anak angkat yang disusukan menjadi mahram ialah :

1) Anak yang menyusu itu belum mencapai usia dua tahun qamariah. Jika usianya melebihi dua tahun qamariah, penyusuan itu tidak menjadikannya mahram. 

2) Kanak-kanak itu disusu kenyang sebanyak lima kali yang berasingan. Sesuatu penyusuan itu dianggap berasingan atau tidak berdasarkan pandangan umum. Jika anak tersebut berhenti menyusu kerana kenyang, ia dianggap sebagai sekali susu. Tetapi, jika anak itu berhenti menyusu kerana bermain-main seketika dan kemudian menyusu semula atau bertukar payudara, maka ia juga dianggap sekali susu sahaja.

Oleh kerana anak angkat puan sudah berusia 5 tahun, maka memberi susu badan kepadanya tidak menjadikan anak itu sebagai mahram

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image