BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sy nak tahu bagaimana pengiraan haid dan istihadah yang betul untuk saya.

Sy bersalin pada 9.2.2026, sy tamat nifas pada 7.4.2026, selepas itu keluar darah semula sedikit² seperti darah haid pada 18.4.2026, adakah itu dikira sebagai darah istihadah?

Jika darah ini keluar berterusan dan itu istihadah, bagaimana sy nak tentukan masa haid pada bulan akan datang. Mohon bantuan dan pencerahan terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, sebanyak-banyak tempoh nifas adalah 60 hari. Jika darah berhenti beberapa hari (kurang dari 15 hari) kemudian darah keluar semula ia masih dianggap sebagai darah nifas selagi ia tidak melebihi 60 hari tempoh maksimum nifas. Adapun begitu, jika darah telah berhenti hendaklah mandi wajib, solat dan puasa tanpa menunggu cukup 60 hari.

Adapun sekiranya darah tersebut keluar melebihi tempoh 60 hari, maka hukumnya adalah seperti berikut:

  • Sekiranya darah tersebut bersambung dan tidak berhenti walaupun sedetik, maka ia dihukumkan sebagai darah nifas bercampur istihadhah.
  • Sekiranya darah tersebut berhenti sekalipun sedetik maka darah selepasnya dihukumkan sebagai darah haid.

Merujuk soalan yang diajukan, darah yang keluar selepas bersalin dari 9/2/2026 hingga 7/4/2026, selama 58 hari adalah darah nifas. Kemudian darah keluar sedikit-sedikit pada 18/4/2026, selepas melebihi 60 hari tempoh maksimum nifas. Ini bermakna tempoh itu adalah tempoh kemungkinan darah haid.

Sekiranya darah sedikit sedikit itu keluar memenuhi syarat darah haid iaitu keluar sekurang-kurangnya selama 24 jam (sehari semalam) secara berterusan atau secara berselang seli dalam tempoh 15 hari tempoh maksimum haid, maka ia adalah darah haid.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 30

message user image