Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum YBrs. Tuan,
FCPO, Crude Palm Oil Futures, (Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah) telah disahkan patuh syariah.
Adakah "short selling" di FCPO dibenarkan seperti yang dijelaskan di pautan ini
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Short selling dalam FCPO (iaitu menjual terlebih dahulu kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (Crude Palm Oil Futures Contract) tanpa memiliki minyak sawit fizikal pada ketika itu) adalah dibenarkan, selagi urus niaga tersebut dilaksanakan dalam kerangka kontrak niaga hadapan FCPO di Bursa Malaysia Derivatives serta mematuhi segala peraturan bursa dan garis panduan yang telah diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Keharusan ini adalah khusus kepada struktur dan mekanisme kontrak FCPO yang telah diteliti serta diluluskan oleh MPS Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sebarang bentuk short selling di luar kerangka tersebut hendaklah dinilai berdasarkan struktur, akad dan mekanisme pelaksanaannya kerana hukum sesuatu transaksi bergantung kepada hakikatnya (al-ḥukmu 'ala al-shay'i far'un 'an taṣawwurih). Justeru, sekiranya masih timbul keraguan mengenai isu ini, rujukan hendaklah dibuat kepada keputusan MPS Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai autoriti syariah dalam menentukan pematuhan syariah bagi pasaran modal Islam di Malaysia.
Sekian, terima kasih.