BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalammualaikum , saya adalah seorang pelajar ipt di kedah dan rumah saya berada di semenyih. jika saya ingin pulang ke semenyih menaiki bas , adakah boleh jika saya mula solat jama qasar di stesen bas kedah yang terletak 25++ minit dari ipt saya sebelum memulakan perjalanan kerana dikhuatiri bas tidak berhenti pada waktu solat zohor atau asar ? dan jika saya dah sampai pada waktu isyak di stesen bas kajang , bolehkah saya solat jama qasar maghrib isyak di kajang sebelum pulang ke semenyih ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, puan dibenarkan mengambil rukhsah menjamak dan mengqasarkan solat di stesen bas Kedah kerana puan telah keluar daripada kawasan mukim puan iaitu IPT. Begitu juga, puan dibenarkan menjamak dan mengqasarkan solat maghrib dan isyak di Kajang kerana Kajang adalah satu mukim yang di luar tempat mukim puan di Semenyih.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 24

message user image