BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: apakah hukum jika si suami sering mengungkit tentang duit gaji nya diberi pada isteri dan anak-anak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, seorang suami tidak boleh mengungkit pemberian nafkah yang diberi kepada isteri dan anak-anaknya, kerana nafkah tersebut merupakan kewajipan seorang suami kepada isteri, dan seorang bapa kepada anak-anak. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya”. (al-Baqarah : 233) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 87

message user image