BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum bulu kucing ada pada makanan tidak kira berkuah atau kering? Bolehkah makanan itu dimakan? adakah ianya suci atau bernajis?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, bulu kucing yang tercabut atau tertanggal termasuk dalam kategori najis yang dimaafkan jika sedikit. Najis yang dimaafkan ialah najis yang pada asalnya dihukum sebagai najis menurut syarak, namun syarak memberikan kemaafan terhadap kewujudan atau kadarnya kerana kesukaran mengelakkannya, kuantitinya yang sedikit atau sebab-sebab lain yang diiktiraf sehingga tidak diwajibkan menghilangkannya dan tidak menjejaskan kesahan ibadah khususnya solat.

Justeru, makanan tersebut masih boleh dimakan kerana keadaan demikian adalah dimaafkan. Namun, sebaiknya makanan sentiasa ditutup bagi mengelakkan ia tercemar dengan kemasukan bendasing dari luar. 

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image