Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1.Salam Saya nak Tanya pasal solat jamak untuk orang yg berpenyakit kencing tak lawas... Boleh ke ambil 1 wudhu untuk solat zohor n asar... Dan boleh ke 1 wudhu solat fardhu Dan jugak utk solat qadha...
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, orang yang mempunyai penyakit kencing tidak lawas dikategorikan dalam golongan daimul hadas (sentiasa berhadas). Tatacara solat jamak dan qasar bagi golongan daimul hadas adalah:
Memastikan telah masuk waktu solat pertama bagi jamak taqdim dan solat kedua bagi jamak takhir.
Menyucikan, menyumbat serta membalut tempat keluar najis sekadar termampu.
Segera berwuduk.
Segera menunaikan solat Zohor secara qasar.
Ulang semula no. 2 dan no. 3 dan segera menunaikan solat kedua secara jamak taqdim dan qasar.
Disarankan juga puan merujuk kepada artikel Taudhih al-Hukmi #88 Wuduk Bagi Pesakit Daimul Hadath (Sentiasa Berhadas) tersebut untuk keterangan lebih lanjut pada pautan https://www.muftiselangor.gov.my/?s=daimul+hadas
Sekian, terima kasih.