Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum... disini saya ingin bertanya soalan dan pendapat dari pihat mufti selangor..saya tinggal di kawasan perumahan yang baru membangun dan berbilang kaum. ada jiran mengatakan terkena gangguan yang luar biasa sejak kebelakangan ini dan semakin kerap. boleh kah kami sebagai penduduk memagar kawasan dan sekeliling bangunan tersebut dengan memanggil ustaz-ustaz yang berpengalaman?
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, amat baik sesebuah rumah yang baru didiami untuk dibacakan ayat pendinding dan ayat-ayat ruqyah bagi memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada sebarang keburukan. Oleh itu, dinasihatkan supaya untuk mendapatkan perkhidmatan pengamal perubatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekian, terima kasih.