Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
saya buang air takungan aircond yang menitik di rumah, selepas buang air saya baru perasan ada taik cicak dalam baldi itu. Pastinya air dalam baldi itu menjadi mutanajis. Air dalam baldi itu tumpah semasa saya hendak alih baldi itu ke bilik air. Bagaimana saya hendak bersihkan air mutanajis yang tertumpah itu? Apatah lagi air mutanajis itu sudah kering dan tidak pasti mana kesan tumpahannya?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, mengikut situasi yang tuan alami, air mutanajjis yang tertumpah itu sekiranya ia telah kering maka ia menjadi najis hukmiyyah. Maka apa yang perlu tuan lakukan adalah menyucikan tempat yang tuan menyakini tertumpah air mutanajjis tersebut. Adapun tempat yang tuan tidak yakin tertumpahnya air mutanajjis tersebut maka tidak perlu disucikan kerana pada asalnya tempat tersebut adalah suci. Hal ini kerana terdapat kaedah fiqh yang menyatakan:
Maksudnya: Hukum asal suatu benda adalah suci.
Sekian, terima kasih.