BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya bergaduh dengan suami kerana dia ingin selalu lepak dengan kawannya. saya cakap kenapa lepas kahwin jadi macam ni. Suami jawab "kita putus. Awak pun tak sayang saya kan" Bila saya tanya apa maksud kita putus, suami cakap dia tidak maksudkan cerai cuma mahu saya diam dan tidak membebel lagi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz tersebut merupakan lafaz kinayah yang perlu kepada niat suami, tidak jatuh talak jika suami tidak berniat cerai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 74

message user image