BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan,

Apakah hukum membetulkan kesalahan seperti salah ejaan pada tafsiran di laman web,apakah perlu menghubungi laman web tersebut? Dan berdosakah kalau tidak melakukanya kerana saya pernah terjumpa kejadian seperti itu tetapi ia sudah lama berlaku dan lupa bahagian yang mana terdapat salah ejaan tersebut.

Mohon penjelasan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, isu ini menyentuh tentang tanggungjawab terhadap ilmu dan adab dalam menyampaikan tafsiran al-Quran atau teks agama di platform yang diakses orang awam seperti laman web. Kesalahan ejaan atau tafsiran boleh menimbulkan salah faham, maka membetulkannya adalah satu bentuk pembetulan yang wajar. Jika ternampak kesalahan, dianjurkan menegur dengan cara baik dan beradab, termasuk menghubungi pihak laman web atau penulis. 

Hukum perbuatan tersebut tidak berdosa sekiranya tidak dapat membetulkan kesalahan ejaan yang pernah dilihat kerana sudah lupa atau tidak mampu. Namun, jika pada masa akan datang ternampak lagi kesalahan yang jelas, sebaiknya terus hubungi pihak laman web atau penulis dengan cara baik dan beradab. Itu termasuk dalam amanah ilmu dan adab menegur.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image