Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
cCtr1+VSaya pergi ke KLIA 2 dari rumah saya dgn jarak sejauh 110km. Dalam perjalanan balik saya masuk ward di KPJ Shah Alam yg jaraknya hanya 76km Dari rumah saya. Bolehkah saya jamak pada hari ke 3 di ward yg jaraknya 76 km ke rumah saya
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, puan dibenarkan solat jamak dan qasar sekiranya telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Justeru, puan dibenarkan mengambil rukhsah bagi menjamakkan dan mengqasarkan solat termasuk hari yang puan dimasukkan ke ward sekiranya puan tidak menetap melebihi 3 hari kerana Shah Alam masih lagi dikira luar kawasan tempat puan mukim atau mastautin kerana telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar orang yang bermusafir.
Sekian, terima kasih.