Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. Saya nak tanya. Saya balik kampung dr selangor ke pulau pinang 3 hari. Tidak termasuk pergi balik.. Lepas itu saya bercuti ke ipoh 2 hari dan kembali semula ke pulau pinang tinggal lagi 3 hari sebelum pulang ke Selangor.. Boleh ka saya jamak dan qasar. Atau saya perlu jamak tamam atau kira saya dah tak boleh jamak sebab kira menetap di kampung pulau pinang sebab 3 hari awal tambah 3 hari akhir yang diselit tengah-tengah ke ipoh sebab dikira helah? Mohon penjelasan.. Terima kasih
Jawapan
Secara asasnya, solat jamak dan qasar adalah rukhsah yang boleh dilakukan oleh seseorang yang bermusafir. Antara syarat-syarat yang membenarkan solat jamak dan qasar ialah:
Berdasarkan situasi yang diberikan, tuan diharuskan solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan dari Selangor ke Pulau Pinang. Sampai sahaja di kampung tuan di Pulau Pinang, bergantung kepada status kampung. Sekiranya tuan menganggap kampung tuan sebagai tempat bermastautin, iaitu tuan tidak berniat untuk terus tinggal di Selangor dan akan balik semula untuk menetap di kampung suatu masa nanti, maka tuan tidak diharuskan untuk solat jamak dan qasar sebaik sahaja sampai di kampung di Pulau Pinang.
Namun, sekiranya tuan memutuskan untuk terus tinggal di Selangor dan tidak berniat untuk kembali semula untuk tinggal di kampung di Pulau Pinang, maka tuan diharuskan untuk solat jamak dan qasar sekiranya tuan tidak berniat untuk tinggal di sana melebihi 3 hari, tidak termasuk hari tiba dan hari keluar dari kampung.
Berdasarkan penelitian kami, jarak di antara Pulau Pinang dan Ipoh melebihi 81 km. Oleh itu, tuan diharuskan untuk solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan pergi dan balik, serta ketika menginap di Ipoh selama 2 hari.
Bagi kunjungan kali kedua ke kampung di Pulau Pinang dari Ipoh, keadaannya bergantung kepada status kampung itu bagi diri tuan sebagaimana yang diterangkan di atas.
Sekian, terima kasih.