BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

"abang pernah niat dan bernazar sekali sayang buat sebarkan keaiban apa sayang buat sebelum ini, jatuh talak 1 pada sayang"

Suami wasap saya begini. Sebelum dia hantar mesej ini saya sudah pun beritahu pada skandalnya tentang perkara yang dia pernah buat sebelum ini dan dia menganggapnya sebagai aib. Adakah jatuh talak? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, suami tidak melafazkan taklik talak kepada isteri melalui pesanan whatapp tersebut. Sebaliknya pesanan whatsapp yang disampaikan oleh suami adalah berbentuk pemberitahuan kepada isteri bahawa suami pernah berniat dan bernazar sekiranya isteri menyebarkan keaiban suami, maka jatuh talak satu.

Sekiranya suami hanya berniat dan tidak melafazkan ucapan tersebut, maka taklik talak tidak berlaku. Begitu juga nazar, ia perlu dilafazkan. Jika tidak dilafazkan, maka nazar tidak sah atau tidak berlaku.

Sebagai tambahan, sekiranya suami melafazkan taklik talak dengan niat menghalang perbuatan isteri, isteri perlu mengetahui perkara tersebut. Jika isteri tidak mengetahui perkara tersebut, maka taklik talak tidak berlaku. 

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk kepada Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image