BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya mengalami keputihan setiap hari. Biasanya saya tidak memakai pantyliner untuk mengelak kesan lain. Kadangkala saya perasan yang seluar dalam saya sedikit basah akibat keputihan tersebut. Jadi sahkah solat saya jika saya memakai seluar yang sama. Adakah batal solat saya akibat basahan keputihan tersebut menembusi kain lapisan luar seluar dalam lalu terkena seluar saya?


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Berdasarkan soalan yang diajukan, keputihan merupakan sesuatu yang keluar daripada batin faraj dan dikira sebagai najis yang perlu dibasuh atau disucikan sebelum solat dilaksanakan. Keluarnya keputihan juga menyebabkan batal wuduk atau menjadikan seseorang itu berhadas kecil seperti keluarnya air kencing. Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh wanita yang mengalami keputihan berterusan sebelum menunaikan ibadah solat seperti berikut:

  1. Pastikan telah masuk waktu solat.
  2. Bersihkan kemaluan dan anggota badan daripada najis.
  3. Tutup lubang kemaluan dengan tisu, kapas atau cebisan kain.
  4. Berwuduk seperti biasa dengan niat (sahaja aku berwuduk untuk mengharuskan fardhu solat kerana Allah).
  5. Segera laksanakan solat

Kaedah ini hanya membolehkan seseorang melaksanakan satu solat fardhu dan seberapa banyak amalan sunat selagi tidak batal wuduk. Apabila ingin melaksanakan solat fardhu seterusnya, maka wajib diulang semula kaedah bersuci di atas. 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image